27 Oct 2011

TEKNIK MENJAWAB: Bahagian C



Nilai-nilai Murni
Terdapat 17 nilai murni iaitu:

  1. Kasih sayang
  2. Baik hati
  3. Keberanian
  4. Berdikari
  5. Hemah tinggi
  6. Kejujuran
  7. Hormat
  8. Kebersihan
  9. Kerajinan
  10. Kerjasama
  11. Semangat bermasyarakat
  12. Kesederhanaan
  13. Keadilan
  14. Kesyukuran
  15. Rasional
  16. Kebebasan
  17. Patriotisme

Peringatan
  1. Membina ulasan berdasarkan petikan atau bahan rangsangan.
  2. Bina ulasan tentang petikan bukan ulasan tentang watak.
  3. Guna ayat sendiri tanpa mengubah maksud petikan.
  4. Isi dan huraian mestilah berdasarkan contoh.
  5. Baca arahan terlebih dahulu.
  6. Guna ayat gramatis dan nilai positif.
  7. Penggunaan kata adalah lebih baik.
  8. Masukkan penanda wacana.

Jika isi ulasan adalah positif - cari sinonim
  1. menghargai masa - menepati masa / mementingkan masa / mengutamakan masa
  2. menjaga kebersihan - mementingkan kebersihan
  3. menghormati orang lain - berbudi bahasa
  4. bercakap jujur - bercakap benar
  5. membantu - menolong
  6. belajar bersungguh-sungguh - rajin berusaha
  7. mengambil berat - prihatin
  8. menunaikan janji - menepati janji

Jika isi ulasan adalah negatif - cari antonim
  1. malas belajar - rajin berusaha
  2. membuang sampah merata-rata - menjaga kebersihan
  3. berbohong - bercakap jujur
  4. membazirkan masa - menghargai masa
  5. lalai / cuai - berhati-hati
  6. mementingkan diri - mengambil berat
  7. lemah semangat - tabah
  8. pasif - aktif

TEKNIK MENJAWAB: Bahagian B

Sebelum Menulis

  • Pilih tajuk yang sesuai
  • Fahami tajuk
  • Cari isi-isi penting
  • Sediakan kerangka isi

Semasa Menulis
  • Satu isi satu perenggan
  • Pendahuluan berkaitan tajuk
  • Isi-isi (huraian / contoh)
  • Pastikan ada penutup
  • Gunakan penanda wacana

Selepas Menulis
  • Baiki tulisan yang tidak jelas
  • Semak imbuhan atau ejaan dan lain-lain
  • Semak (struktur ayat)
  • Pastikan isi tidak tertinggal
  • Serahkan kepada pengawas

TEKNIK MENJAWAB: Bahagian A


Murid perlu bina lima ayat berdasarkan gambar atau grafik yang diberikan.

Terdapat tiga jenis soalan:

  1. Bina lima ayat berdasarkan SITUASI.
  2. Bina lima ayat berdasarkan AKTIVITI.
  3. Bina lima ayat LENGKAP berdasarkan gambar.
Secara mudahnya:
SITUASI - Ayat terdiri daripada bentuk suasana dan aktiviti dalam gambar.
AKTIVITI - Ayat terdiri daripada aktiviti atau kata kerja yang terdapat dalam gambar.
Ayat LENGKAP - Ayat terdiri dari situasi dan aktiviti.

Bagi menghasilkan ayat yang baik, pastikan perkara berikut:
  • Penggunaan kosa kata yang meluas.
  • Penggunaan imbuhan, ejaan dan tanda baca adalah betul.
  • Ayat dan gaya bahasa yang sesuai dengan gambar.
  • Elak penggunaan penanda wacana.
  • Elakkan isi yang tersirat.
  • Bina ayat berdasarkan apa yang kamu lihat, bukannya apa yang kamu rasa.
  • Gunakan ayat yang mengandungi unsur-unsur yang gramatis.
Contoh:
Ayat biasa
# Seorang budak perempuan mengulang kaji di perpustakaan.

Ayat gramatis
# Seorang murid perempuan tekun mengulangkaji di sebuah perpustakaan.